Isnin, Ogos 02, 2010

TIANG AGAMA



disyariatkan solat pada malam Isra' dam Mi'raj. demi sayangkan umat,Nabi Muhammad berjaya memohon keringanan menjadi 5 waktu sahaja. maka beruntunglah kita. 

  • SUBUH
  • ZUHUR
  • ASAR
  • MAGHRIB
  • ISYA'
walau apa jua keadaan sekalipun solat hendaklah diutamakan kerana pada masa itulah kita ingin sujud menghadap Allah. islam itu indah. terdapat keringanan dalam solat. bagi musafir disediakan jama' dan qasar. bagi yang uzur dan kurang upaya dibenarkan  solat duduk,baring,mengiring dan isyarat mata.

solat sunat bertujuan membaiki ataupun menampal rongak-rongak pada solat wajib. lakukan yang wajib dan amalkan yang sunat. terdapat solat sunat yang mengiringi solat fardhu iaitu solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas. Subuh dan Asar tidak mempunyai solat sunat ba'diah ataupun selepas solat fardhu.

ramadhan semakin hampir. berlumba-lumbalah mempergandakan amalan seharian. istimewanya ramadhan ialah malam lailatul qadar dan juga solat sunat tarawih yang lazimnya diakhiri dengan solat sunat witir.

khusu' merupakan suatu tahap yang tinggi di dalam solat. sama-samalah kita mendapatkannya.solat terbukti tidak membebankan kerna solat juga merupakan senaman fizikal,mental dan juga spiritual yang sempurna kerna merangkumi semua anggota badan termasuklah organ dalaman.

"solat itu tiang agama, barang siapa meruntuhkannya,maka runtuhlah agamanya". solat umpama ibu jari anda. anda bayangkan sebelah tangan mempunyai 5jari yang mewakili 5rukun Islam. bolehkah anda memegang buku dengan hanya menggunakan kesemua 4jari kecuali ibu jari?. itulah ibarat betapa pntingnya solat. sama-samalah kita menjaganya.



> perkara paling dekat : ajal
> perkara paling jauh : masa silam
> perkara paling ringan : meninggalkan solat
> perkara paling berat : amanah

0 luahan: