Rabu, Julai 29, 2009

contengan sulung


Tanggal 29 julai 2009, contengan elektronik sulung telah berjaya kucoretkan...hasrat tercapai setelah lama berhajat... kekangan dan tohmahan berjaya ditepis...maka, lahirlah helaian pertama ini.

Contengan sulung ini dibukukan di gedung buku atau lebih dipopularkan dengan perpustakaan@library kolej. Bertemankan buku dan suasana damai membangkitkan keberanian untuk melakukan contengan ini.

Walaupun nama sekadar contengan, bukan bererti ia tidak bernilai... nilai itu bukan pada harga, bukan pada nama... mereka yang bernilai sahaja yang dapat menilai..... CONTENGAN SULUNG....


buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong tunjukkan,

saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.