Jumaat, Ogos 20, 2010

zzz...

susah nak lelap tapi kalau dah lelap senang nak sedar tapi payah pulak nak bangun...

harap2 semuanya ok! gudluck to me and you and her and all! amin...: )

10 ramadhan 1431 @ 20 ogos 2010

ya Allah! berikanlah aku kejayaan dalam menempuhi setiap ujian dan peperiksaan di dunia mahupun di akhirat! amin...: )

Sabtu, Ogos 14, 2010

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali

sifat yang baik adalah mahmudah dan yang buruk pula adalah mazmumah...

lumrah alam...ada yang baik dan ada juga yang kurang baik...yang penting sentiasa ingin menjadi yang lebih baik dan yang terbaik...bukan ingin menunjuk-nunjuk tapi realitinya setiap perbutan dan amalam kita dicatit dan akan dipertontonkan di pawagam gergasi di mahsyar nanti...maka berhati-hatilah dengan tingkah laku anda...

bagi mereka yang suka akan kebaikan adalah amat dituntut kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian dan sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain. tapi perlulah sentiasa waspada kerna syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan...kadang kala kita belaku baik tetapi ada pula yang iri hati maka berhati-hatilah dalam melakukan kebaikan kerna ada yang mengambil kesemptan di atas kebaikan. baik itu amatlah perlu tapi jangan terlalu lurus mahupun bendul.takut nanti dipijik juga ditindas.semoga kebaikan kalian mendapat ganjaran di syurga Allah kelak.

kepada mereka yang gemar melakukan kejahatan tanpa rasa segan silu perlulah segera bertaubat dan sedarkan diri kerna dunia sudah semakin ke penghujungnya...kiamat semakin hampir dan ajal itu pasti. kembalilah pada agama...semoga mendapat hidayah...sesungguhnya azab neraka amatlah pedih..setiap amal kita akan dihitung dan balasan Allah itu pasti. kita selaku manusia biasa memang tidak lari dari melakukan kesilapan tapi tak kan nak buat kesilapan yang sam dua kali. sesungguhnya Allah maha pengampun dan masih belum terlambat untuk kembali ke jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

kisah nikmat dari seorang sahabatku...

nikmat harta dan kemewahan merupakan nikmat yang paling rendah kerna ia mampu membutakan mata hati. kerisauan terhadap harta mengatasi segala.harta setinggi gunung tapi takut kehabisan. harta tak mampu dibawa ke kubur. tidak salah berharta tapi gunakanlah ia sebaiknya. gunakan pada jalan yang diredhai.

nikmat kesihatan paling ditakuti hilang. manusia sanggup berhabis wang ringgit demi mengembalikan kesihatan. apa guna kaya-raya jikalau tidak sihat.fizikal mahupun mental.otak dan juga akal. kita dilahirkan sempurna walaupun ade kekurangan kerna manusia adalah sebaik-baik kejadian.

nikmat iman dan islam adalah yang paling tinggi. seharusnya kita bimbang jikalau ia hilang. maka jagalah ia sebaiknya.semailah ia dengan ketakwaan.amal ma'ruf nahi munkar.

ku pohon kemaafan!

maafkan aku teman kerna mengguris hatimu...aku tidak inginkan permusuhan mahupun sekelumit dendam...walaupun cara kita berbeda namun kita tetap di atas landasan y sama. aku pohon agar kau memahami...setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan begitu juga aku tapi aku akan akui kesilapan dan cuba unuk tidak mengulanginya kerna ia melibatkan sekeping hati...aku tidah mahu dicaci dan dibenci...andai luahan ini kau tatap renungkanlah...tiada masalah yang tidak dapat diatasi...mohon petunjuk dan pertolongan dari yang Maha Berkuasa...ajal dan jodoh di tanganNYA...kita merancang, Allah juga merancang dan ingatlah perancangan Allah adalah yang terbaik...moga tiada lagi persengketaan antara kita...sekali lagi ku pohon kemaafan darimu atas segala salah dan silapku...salam ukhuwah!

Jumaat, Ogos 13, 2010

luahan 13 0g0s

seusai tiba di bukit pelangi kurindukanmu oh bidadari hati...puas kujelajahi segala diarimu...inginku terus memahamimu kerna kau tak pernah lelah memahamiku...terima kasih atas kesungguhan dan pengorbananmu...aku hargai dan tidak akan pernah melupakanmu seperti yang kau pinta...aku menantimu sayang...

ramadhan al-mubarak menjelang dan kau telah nekad untuk mempertingkat amalan...buat mak dan abah jangan berkecil hati denganku...pemergianku atas dasar tanggungjawab kerja...yanggungjawab terhadap kalian tidak pernah aku abaikan...aku cuba sedaya upayaku...

pastinya aku ingin melunaskan segala yang tertangguh...amin... berikan aku kekuatan dan ketabahan ya Allah!

*barakallahummalana fi syahri ramadhan

Ahad, Ogos 08, 2010

manisnya kisah kumbang mencari madu sang bunga


manis wajahmu semanis bibir mulusmu
terpesona aku pada renungan pertama
membuat aku ingin tahu...ingin rapat
tapi langkahku sunbang takut terpijak lubang
mana perginya ketabahanu bila aku perlu
tiada kekuatan mengiringi saat aku mahu
menyendiri aku sebentar mencari al-Hikmah
tiap doa kupohon agar jauhkan dari fitnah
moga aku dan kamu berada dalam jalan yang lurus
telah bersemi benih-benih kebahagian hakiki
mari bersama kita jaga agar jangan layu
tumbuh mekar walau tkdirnya tiada jodoh
mestikah aku terus menyusun langkah dan strategi
tentunya ya dan aku akan memberikan yang terbaik
macam pa yang kau idamkan sekian lama
terbit kasih terbenam segala keraguan
malam dan siang silih berganti
tika aku masih dan sentiasa menemani
mu............

Khamis, Ogos 05, 2010

salah guna ke guna salah?...

salah guna kuasa atau salah guna dadah?

dadah tu ape ek sbenanyanye? ubat ke racun ek...penyemboh ke penyakit ek? salah ke tak salah? erm. terpulang anda untuk menilai. 

di sebalik cerita.... salah guna dadah...erm...maknenye jangan salah guna dadah oleh itu hendaklah betol guna dadah jadi dadah boleh gune tapi jangan salah. ye ke? ntohle... dadah adalah  sejenis bahan yang mampu merangsang metabolism dan tahap gemuruh. punya kebaikan juga keburukan. kita yang menilai baik ke buruk dan kita yang buat keputusan. pilihan di tangan anda. ye ke? dadah tu salah tak? ectasy? kokaine?heroin?marijuana? nicotine? rokok daun? dadah mane yang elok, mane tak elok? ntohle...maka dengan ini sama2lah kita tidak salah guna dadah...

* luahan tabib suku jalan pun xsampai...

ceritera di sebalik...salah guna kuasa ni ape plak? ko ade kuase ape? bunuh aku? letopkan bangunan? terbang? ilmu sejenak? haha...papepun kuasa yang diberikan jangan salah guna. kene tolong orang2 yang tak berkuasa,tak berdaya....kalau da ada kuasa pe lagi nak tamak? nak harta? nak bawak g kubur ke? tolong jela orang yang memerlukan, yang dibawah tanggungjawab masing-masing. tak luak papepun. bertambah rezeki adela...

* luahan seorang yang ada kuasa untuk mempertahankan hak

kisah dan tauladan. kaitan dua cerita ini ialah bagaimana seorang yang berkuasa terlibat dalam penyalahgunaan. episod ape sekalipun. walaupun penyalahgunaan tubuh badan. erm...rehat seketika.salam.
 

banci jangan benci tau...

saya pembanci bukan jurujual : )
 
-luahan hati rakyat-
nantikan dari kami...

merealisasikan "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan" adalah tanggunjawab bersama. as a team, every single member should know what should he do and dont. respect your leader that you had choosen. the important is the goal, how your kick is up to you

Selasa, Ogos 03, 2010

perihal musika

" berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, tapi pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"


irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. sentiasa bersama mengiringi setiap lakonan para pelakon di atas muka bumi ini. lagu tema, lirik, skrip, watak perwatakan dan plot rekaan dan pilihan sendiri. lakonan yang pasti akan ditayangkan di pawagam besar pabila tiupan sangkakala yang kedua. lakonkanlah watak seperti yang telah digariskan dalam panduan. semoga berjaya di dunia dan bahagia di akhirat.

tak kira ape musik pun yang menjadi halwa telinga, tak kira perjuangan dan ideologi ape pun yang dijinjing mahupun dijunjung, musik itu tetap untuk tujuan yang selari iaitu pengubat dan penenang jiwa maka luahan kata sesebuah karya memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi yang baik. sebaiknya dengarlah lagu-lagu yang mendatangkan semangat dan juga dipenuhi nasihat-nasihat dan pesanan-pesana ke arah kebaikan.

antara sedar dan tidak musik telah diperdendangkan kepada kita semenjak lahir. diazankan, diiqomahkan. didodoi sehingga terlena mahupun alunan ayat suci al-Quran. teruskan penerapan unsur-unsur positif kerna mereka di sekeliling kita merupakan tenaga maka perbanyakkanlah tenaga positif dan lebih baik jika dilakukan di tempat pengumpulan tenaga positif.

jangan biarkan musik mempengaruhi hidup anda. andalah penentu hidup anda.jangan bergantung pada sistem yang salah kerna ia merumitkan. jadikan musik sebagai alat kedamaian, penyatuan, keadilan dan kebenaran. ingat! apa yang anda lakukan diperhatikan, dicatat dan akan dipertontonkan tanpa lidah untuk membela diri, yang ada hanya bukti dan saksi kejadian.



Isnin, Ogos 02, 2010

TIANG AGAMA



disyariatkan solat pada malam Isra' dam Mi'raj. demi sayangkan umat,Nabi Muhammad berjaya memohon keringanan menjadi 5 waktu sahaja. maka beruntunglah kita. 

  • SUBUH
  • ZUHUR
  • ASAR
  • MAGHRIB
  • ISYA'
walau apa jua keadaan sekalipun solat hendaklah diutamakan kerana pada masa itulah kita ingin sujud menghadap Allah. islam itu indah. terdapat keringanan dalam solat. bagi musafir disediakan jama' dan qasar. bagi yang uzur dan kurang upaya dibenarkan  solat duduk,baring,mengiring dan isyarat mata.

solat sunat bertujuan membaiki ataupun menampal rongak-rongak pada solat wajib. lakukan yang wajib dan amalkan yang sunat. terdapat solat sunat yang mengiringi solat fardhu iaitu solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas. Subuh dan Asar tidak mempunyai solat sunat ba'diah ataupun selepas solat fardhu.

ramadhan semakin hampir. berlumba-lumbalah mempergandakan amalan seharian. istimewanya ramadhan ialah malam lailatul qadar dan juga solat sunat tarawih yang lazimnya diakhiri dengan solat sunat witir.

khusu' merupakan suatu tahap yang tinggi di dalam solat. sama-samalah kita mendapatkannya.solat terbukti tidak membebankan kerna solat juga merupakan senaman fizikal,mental dan juga spiritual yang sempurna kerna merangkumi semua anggota badan termasuklah organ dalaman.

"solat itu tiang agama, barang siapa meruntuhkannya,maka runtuhlah agamanya". solat umpama ibu jari anda. anda bayangkan sebelah tangan mempunyai 5jari yang mewakili 5rukun Islam. bolehkah anda memegang buku dengan hanya menggunakan kesemua 4jari kecuali ibu jari?. itulah ibarat betapa pntingnya solat. sama-samalah kita menjaganya.



> perkara paling dekat : ajal
> perkara paling jauh : masa silam
> perkara paling ringan : meninggalkan solat
> perkara paling berat : amanah

Ahad, Ogos 01, 2010

TERIMA QASEH


terima qaseh dan penuh kesyukuran ku panjatkan pada ILLAHI kerna memberi roh pada jasadku
ku pohon pengampunanMU
terima qaseh pada penghulu anbiya MUHAMMAD ya RasulAllah
kupohon syafaat darimu
terima qaseh BONDA dan AYAHANDA atas segala pengorbanan kalian demi mendidik ku
ku pohon keredhaanmu
terima qaseh KEKANDAku, KELUARGAku, SAUDARAku kerna sudi bersamaku
ku pohon sokongan kalian
terima qaseh pada KEKASIH kerna mengasihi aku walau secebis tetap ku hargai
ku pohon hapuskan kebencian anatara kita
terima qaseh wahai SAHABAT,TEMAN,KAWAN,RAKAN,KENALAN kerna banyak membantu
ku pohon semangat dan keutuhan silaturrahim
terima qaseh kepada SEMUA yang pernah terlibat secara langsung ataupun tidak dalam perjalanan hidupku
ku doakan kebahagian bersama. amin...

ThE LoGICaL SoNg




when i was young,it seemed that life was so wonderful a miracle,oh it was beautiful,magical... and all the birds in the trees well they had be singing so happily,joyfully,playfully watching me... but then they send me away to teach me how to be sensible,logical,responsible,practical... and then they showed me a world where i could be so dependable,clinical,intellectual,cynical... there a time when all the world's asleep,the questions run too deep for such a simple man... won't you please,please tell me what we've learned,i know it sound absurd.... please tell me who i am,who i am...
now watch what you say or they will be calling you a radical,liberal,fanatical,criminal... won't you sign up your name we'd like to feel you are acceptable, respectable, presentable,vegetable... at night when all the world's asleep,the questions run too deep for such a simple man... won't you please,please tell me what we've learned,i know it sound absurd.... please tell me who i am,who i am...