Sabtu, Ogos 14, 2010

kisah nikmat dari seorang sahabatku...

nikmat harta dan kemewahan merupakan nikmat yang paling rendah kerna ia mampu membutakan mata hati. kerisauan terhadap harta mengatasi segala.harta setinggi gunung tapi takut kehabisan. harta tak mampu dibawa ke kubur. tidak salah berharta tapi gunakanlah ia sebaiknya. gunakan pada jalan yang diredhai.

nikmat kesihatan paling ditakuti hilang. manusia sanggup berhabis wang ringgit demi mengembalikan kesihatan. apa guna kaya-raya jikalau tidak sihat.fizikal mahupun mental.otak dan juga akal. kita dilahirkan sempurna walaupun ade kekurangan kerna manusia adalah sebaik-baik kejadian.

nikmat iman dan islam adalah yang paling tinggi. seharusnya kita bimbang jikalau ia hilang. maka jagalah ia sebaiknya.semailah ia dengan ketakwaan.amal ma'ruf nahi munkar.

0 luahan: