Sabtu, Ogos 14, 2010

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali

sifat yang baik adalah mahmudah dan yang buruk pula adalah mazmumah...

lumrah alam...ada yang baik dan ada juga yang kurang baik...yang penting sentiasa ingin menjadi yang lebih baik dan yang terbaik...bukan ingin menunjuk-nunjuk tapi realitinya setiap perbutan dan amalam kita dicatit dan akan dipertontonkan di pawagam gergasi di mahsyar nanti...maka berhati-hatilah dengan tingkah laku anda...

bagi mereka yang suka akan kebaikan adalah amat dituntut kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian dan sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain. tapi perlulah sentiasa waspada kerna syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan...kadang kala kita belaku baik tetapi ada pula yang iri hati maka berhati-hatilah dalam melakukan kebaikan kerna ada yang mengambil kesemptan di atas kebaikan. baik itu amatlah perlu tapi jangan terlalu lurus mahupun bendul.takut nanti dipijik juga ditindas.semoga kebaikan kalian mendapat ganjaran di syurga Allah kelak.

kepada mereka yang gemar melakukan kejahatan tanpa rasa segan silu perlulah segera bertaubat dan sedarkan diri kerna dunia sudah semakin ke penghujungnya...kiamat semakin hampir dan ajal itu pasti. kembalilah pada agama...semoga mendapat hidayah...sesungguhnya azab neraka amatlah pedih..setiap amal kita akan dihitung dan balasan Allah itu pasti. kita selaku manusia biasa memang tidak lari dari melakukan kesilapan tapi tak kan nak buat kesilapan yang sam dua kali. sesungguhnya Allah maha pengampun dan masih belum terlambat untuk kembali ke jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

0 luahan: