Selasa, Ogos 03, 2010

perihal musika

" berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, tapi pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah"


irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. sentiasa bersama mengiringi setiap lakonan para pelakon di atas muka bumi ini. lagu tema, lirik, skrip, watak perwatakan dan plot rekaan dan pilihan sendiri. lakonan yang pasti akan ditayangkan di pawagam besar pabila tiupan sangkakala yang kedua. lakonkanlah watak seperti yang telah digariskan dalam panduan. semoga berjaya di dunia dan bahagia di akhirat.

tak kira ape musik pun yang menjadi halwa telinga, tak kira perjuangan dan ideologi ape pun yang dijinjing mahupun dijunjung, musik itu tetap untuk tujuan yang selari iaitu pengubat dan penenang jiwa maka luahan kata sesebuah karya memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi yang baik. sebaiknya dengarlah lagu-lagu yang mendatangkan semangat dan juga dipenuhi nasihat-nasihat dan pesanan-pesana ke arah kebaikan.

antara sedar dan tidak musik telah diperdendangkan kepada kita semenjak lahir. diazankan, diiqomahkan. didodoi sehingga terlena mahupun alunan ayat suci al-Quran. teruskan penerapan unsur-unsur positif kerna mereka di sekeliling kita merupakan tenaga maka perbanyakkanlah tenaga positif dan lebih baik jika dilakukan di tempat pengumpulan tenaga positif.

jangan biarkan musik mempengaruhi hidup anda. andalah penentu hidup anda.jangan bergantung pada sistem yang salah kerna ia merumitkan. jadikan musik sebagai alat kedamaian, penyatuan, keadilan dan kebenaran. ingat! apa yang anda lakukan diperhatikan, dicatat dan akan dipertontonkan tanpa lidah untuk membela diri, yang ada hanya bukti dan saksi kejadian.



0 luahan: