Jumaat, Mei 07, 2010

ku menantimu wahai kimiaku

aku melihat kamu ketika kamu tidak melihat aku
kamu melihat aku ketika aku tidak melihat kamu
tetapi kita saling mengenali
aku memerlukan kamu ketika kamu tiada
kamu memerlukan aku ketika aku tiada
namun kita sentiasa bersama
aku ketawa ketika kamu bersedih
kamu ketawa ketika aku bersedih
begitupun kita saling memahami
aku suka ini kamu suka itu
kamu suka ini aku suka itu
dasarnya kita saling menghormati
aku merajuk kamu memujuk
kamu merajuk aku memujuk
ternyata kita saling terpikat
cerita kamu cerita aku
andai kamu pergi aku menanti
andai aku pergi kamu menanti
semoga kita bersama selamanya
semoga kimia antara kita semakin kuat
aku mengharapkanmu penuhi aku
aku menantimu datang muncul di depanku
aku menunggumu melengkapkan diriku
aku menerimamu seadanya
kau jua begitu




Please leave your kumen2!

4 luahan:

abid_PM berkata...

sepertinya fitrah lelaki dan perempuan.
saling memerlukan.

IzzIbnIbr berkata...

btol...kenal sebelum pilih

jaja azmi berkata...

jugee menunggu kimia ku...

IzzIbnIbr berkata...

tunggu sambil mencari owh tunggu je?