Khamis, September 10, 2009

SETEM

SETEM

Tayangan bergambar pertama yang membuatkan aku tak kering gusi dari saat punggungku menjejaki ke-9, di barisan G dalam pawagam TGV Sunway Pyramid. Kunjungan aku bersama teman-teman sekepala membingitkan lagi suasana dalam pawagam tersebut. Macam-macam jenis ketawe menambahkan lagi mud kami untuk terus bergelak ketawe...

Bermulanye adegan menipu si penipu apabila kemunculan Afdlin yang ala-ala rockers sedang makan di restoran mewah. Seterusnya, kemunculan Rasihidi dan Azwan ali yang turut melakonkan adegan yang aku sendiri terase.... "sape makan cili, die r terase pedas" ........ "baling batu sorok tangan"

Perjalanan diteruskan lagi, kebijaksanaan gandingan Afdlin ngn Roshidi diyakini Aziz satar bagi membantu niat murni beliau... plot semakin menarik....mencuri si pencuri.... Jelas terpampar, ketamakan menguasai diri manusia. Jika kita pikir kita hebat... ada alagi yang lagi hebat....

Mengikut pandangan peribadi aku, cerita ini sukar untuk disinopsiska kerana setiap detik penuh bermakna. Hati ini turut berasa bangga kerana anak Malaysia mampu menghasilan filem seperti ini.


P/s..... spe y tak tengok.... gie r tengok! pastikan yang ori....









0 luahan: