Isnin, Ogos 10, 2009

Virus H1N1 Menyerang Malaysia

SELSEMA



Info Mengenai Wabak Influenza A ( H1N1 )

- Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

- Tanda gejala seperti Deman , batuk , susah bernafas , sakit-sakit badan , Mengalami sakit kepala dan juga kesakitan pada tekak.

- Jumlah Negara yang telah dikesan menerima wabak ini ialah 34 buah negara.

-Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya dan Peningkatan telah dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

- Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian akibat wabak ini , ialah kepada 65 orang.

- WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di Fasa 5 sejak 29 April . Dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi perlindungan kesihatan antarabangsa.


VIRUS H1N1 DI MALAYSIA


Satu kes Wabak Influenza , telah dikesan Di Malaysia . Seorang pelajar 21 tahun adalah mangsa pertama yang telah disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi. Seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pelajar itu, yang dikhabarkan baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mendadu mengalami tanda-tanda wabak tersebut iaitu , demam, sakit tekak dan sakit badan semalam . Pelajar itu telah dirujuk kesnya ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.


Pihak berkuasa dan Kementerian kesihatan , telah mengambil tindakan awal untuk mencegah dari wabak ini tersebar luas. Dengan itu , satu jawatankuasa penyiasatan telah di tugaskan untuk menjejaki data perhubungan mangsa dengan ahli keluarga , para penumpang serta anak kapal yang beliau naiki , iaitu MH 091 yang berlepas dari Newark USA dan telah tiba di lapangan terbang KLIA pada jam 7.15 pagi hari tersebut.

Jadi dinasihatkan , kepada semua klinik tempatan dan hospital swasta yang menerima kes mereka yang baru pulang dari luar negara .Untuk terus membuat laporan dan rujukan lanjutan kepada Hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Walaupun kes ini dilihat sebagai cuma satu kes . Tetapi keberangkalian untuk virus ini tersebar lagi , melalui kemasukan pembawa melalui pintu-pintu masuk negara . Seperti lapangan terbang adalah amat tinggi. Dengan ini diminta kepada rakyat malaysia yang pulang ke tanah air , untuk mengambil tindakan pantas jika wujudnya tanda-tanda awal virus ini.

Sehingga 10 Ogos 2009 seramai 32 orang telah meninggal dunia akibat virus ini. Setakat ini Malaysia mencatatkan 1983 kes manakala dunia mencatatkan 208 155 orang telah dijangkiti virus H1N1 dengan 1688 orang dilaporkan meninngal dunia melipyti 174 buah negara.



TANDA - TANDA


Antara tanda yang perlu diteliti di kalangan kanak-kanak:

1. Sukar bernafas atau sesak nafas
2. Bibir berubah menjadi biru
3. Sering keletihan atau tidak mampu bergerak
4. Kejang pada bahagian leher
5. Kelihatan keliru
6. Mengalami sawan atau kekejangan
7. Tidak membuang air kecil selama 12 jam


Antara tanda di kalangan orang dewasa:

1. Demam berlanjutan selama lebih lima hari
2. Batuk tanpa mengeluarkan kahak
3. Sukar untuk bernafas, walaupun ketika sedang berehat
4. Sakit dada ketika bernafas
5. Bibir berubah menjadi biru
6. Demam yang berulang-ulang dan sesak nafas walaupun kelihatan seperti telah sembuh
7. Pengsan




LANGKAH MENGATASI

1. Ketahui kawasan yang mengalami kes H1N1 yang paling tinggi.

2. Elak melawat kawasan yang sesak.

3. Elak bersentuhan dengan pesakit H1N1. Tapi kalau perlu juga, pakailah alat pernafasan yang sesuai.

4. Jaga kebersihan diri. Basuh tangan dengan air dan sabun setiap masa terutama selepas batuk dan bersin.

5. Guna tisu atau saputangan ketika batuk atau bersin dan buang tisu terus ke dalam tong sampah.

6. Kalau ada simptom-simptom H1N1, terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh.

Dan, kalau anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1, sila :

1. Elak berdampingan dengan orang lain selama 7 hari.

2. Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda demam dan mengalami salah satu gejala berikut : batuk, sesak nafas, sakit tekak, sakit kepala atau sakit badan.

3. Maklumkan juga kepada doktor yang merawat anda yang anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1.


Conteng-canting: Bersamalah kita menjaga kebersihan dan kesihatan agar kta tidak dijangkiti sebarang penyakit. Banyakkanlah berdoa kepada ALLAH. Semoga kita dapat menjalani kehidupan dengan sempurna hendaknya.


1 luahan:

abid_PM berkata...

bila msu nak tutup?